~~ today rase sakit perut..entah makan apa la semalam... xde mood nak masak apa-apa.. kepala pun pening..huhu ape pun x boleh2x...haha mcm Jambu MaharajaLawak pulak kan~~ so today saya nak kongsi satu lagi resepi yang sangat mudah dan cepat..sesuai untuk org yg demam, xde selera makan, dan vegetarian...
last time pegi TF Mart dekat Tanjung Malim, then terjumpa la cendawan comel nie.. mase tu tengah offer 1 box only RM1.50.... so saya ambil 2box...teringat nak buat sup kat rumah nanti~~
jadi inilah resepi untuk Sup cendawan nie~~
![]() |
| Sup Cendawan Comel |
Bahan-bahan:
1 paket sebarang jenis cendawan
3 biji bawang kecil(ditumbuk halus)
2 biji bawang putih(ditumbuk halus)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam
Air
Cara-cara:
- Satukan semua bahan dalam periuk dan renih dengan api yg sederhana...
- Agak cendawan dah lembut boleh la tutup api..
* serbuk lada hitam tu saya guna lada biji dan tumbuk jadi satu sudu serbuk.. kalau guna yg intant serbuk tu tak berapa kaww..
* air jangan banyak sangat, cukup setakat tenggelam cendawan tue..
Selamat petang ~~ hari ini sangat la sibuk..tak sempat nak masak menu yang sedap-sedap.. sibuk mengemas rumah..untuk makan tengah hari saya nk cube masak ayam goreng cili padi.. ringkas dan cepat~~ perut pun da terasa sangat lapar.. ini je la yang senang..
bagi sesiapa yang tak tahan pedas tu baik kurangkan cili padi..kalau tidak, boleh senak perut nanti~~ tapi kalau tak pedas bukan cili padi la namanya kan...hehe ini lah menu yang sempat saya buat hari ini~~
| Ayam Goreng Cili Padi |
Bahan-bahan:
- 1/2 ekor ayam dipotong
- 1/2 cawan air asam jawa
- 1 labu bawang besar dipotong bulat
- garam & gula
- 2 sudu makan kicap
- minyak untuk menggoreng
Bahan kisar:
- 2 labu bawang besar
- 1 inci belacan
- 40biji cili padi yg kecil(boleh kurangkan cili kalau xnak pedas sgt)
Cara-cara:
- Ayam dibersihkan di gaul dgn serbuk kunyit dan garam goreng sampai masak..ketepikan sekejap.
- Tumis bahan kisar tadi sampai agak garing.
- Masukkan air asam jawa , garam, gula dan kicap.
- Biar kuah agak kering, baru lah masukkan ayam goreng tadi dan juga hirisan bawang.
- Gaul rata, dan tutup api.
- Sedia untuk dihidang.
| Selamat Mencuba |
salam kepada semua yang sudi menjengah ke entry ini... agaknya apa menu masakan anda semua harini~~ pernah makan gulai pisang?
kalau ikut masyarakat setempat sini, memang sudah sinonim dengan masakan ni.. tak kurang juga ada yang tidak pernah tahu adanya masakan sebegini~~ lumrah pisang kita buat kerepek saja atau buat pisang goreng.. semalam baru lepas tebang setandan pisang serendah..
pisang serendah ni sedap buat gulai saja atau menu masakan lain~~ mengikut kata jiran saya la~~ jadi saya nak kongsi dengan semua resepi gulai pisang ni ikut stail saya ~~(ikut suka hati la nak taruk apa) hehehe~~ enjoy semua~~
| Gulai Pisang & Ayam |
Bahan-bahan:
- 4biji pisang serendah (disiat kulit dan dipotong serong)
- 4ketul isi ayam
- santan 1/2 cawan (nak lagi lemak boleh tambah santan)
- garam secukup rasa
- 2keping asam keping
- air -
- 10biji cili padi (suka pedas letak lebih)
- 3 ulas bawang putih
- 2 labu bawang besar
- 2 inci belacan
- 3 inci kunyit hidup @ 1 camca besar serbuk kunyit
Cara-cara:
- - senang je, satukan semua bahan dalam periuk, dan didihkan atas api sederhana.
- -untuk air agak2 lepas paras pisang pun dah oke.. banyak air nanti cair kuah lemak
- -isi ayam potong kecil2 supaya sama empuk dengan ayam..
- perasakan garam dan kalau ayam n pisang dah empuk boleh la tutup api dan hidang..
| ~~ Ini lah hasilnya ~~ |
* Selamat Mencuba*
Buat pertama kali saya menulis untuk blog masakan ini.. tujuan saya hanya sekadar untuk berkongsi resepi yg saya sedia tahu dan juga resepi yg saya jumpe di dalam buku dan juga internet..
buat permulaan saya ingin berkongsi satu resepi yang sangat mudah.. kek batik yg simple dan sgt senang... dan kos untuk membuat pun murah.. cuba la.. kali ni saya buat untuk majlis pertungan jiran saya...
![]() |
| Kek Batik simple |
Bahan - bahan
- 1 bungkus biskut marie perisa original @ kopi
- 1 tin susu pekat manis
- 1 peket milo 250gm
- dalam satu bekas, biskut marie dipatah-patahkan..jangan terlalu hancur..
- kemudian, tabur serbuk milo atas biskut marie tadi dan ratakan semua sekali..
- tuang susu pekat atas adunan tadi, dan gaul sampai semua sebati. dan pastikan semua biskut disaluti dengan susu pekat.. * susu pekat tu saya tidak guna 1 tin, hanya dalam 2/3 je.. agak2 la bagi semua roti salut dengan susu..- akhir sekali, guna loyang atau sebarang bekas, lapik dengan plastik, dan tuangkan adunan tadi.
- tekan adunan tadi sampai mampat mcm nak buat nasi himpit.. kalau tak nanti bila potong kek batik pecah..- masuk dalam peti sejuk dalam 3 jam.. kemudian baru boleh potong...

