Bahan-bahan :-
1 tin besar sardin *asingkan kuah-guna ikan sahaja
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan santan
1 biji tomato belah 4
2 biji cili besar hijau
1 tangkai daun kari
sedikit garam
minyak untuk menumis
*bahan sampingan-bendi/kentang/belimbing buluh/timun/
Bahan kisar :- *tumbuk atau kisar
1 labu bawang besar
2 inc halia
Bahan rempah :- *bancuh dgn sedikit air jadikan pes
1 paket kecil rempah
2 sudu makan cili kisar
Cara-cara:-
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar & daun kari sampai sedikit garing
- masukkan pes rempah dan biar didih sampai naik minyak
(pastikan api slow)
- dah naik minyak masukkan ikan, air asam jawa, santan dan sedikit air..
-kacau sebati, tambah garam dan bahan optional yg lain..
-dah terbit minyak tutup api..
siap dihidangkan...selamat mencuba~~